it's about damn time to
live it up
Sabrina Samri

19 years old. ITE College Central, 1st year(Pioneer Batch). H. Nitec in Performance Production.

I rather listen than talk

Facebook Twitter Tumblr


Al-Fatihah untuk Achik Spin
Assalamualaikum, hello readers. Second post for the day. I've news about the death of Achik Spin. Awwww, and he's only 27 years old. So here it is:




Kejadian berlaku pukul 6.15 petang apabila kenderaan pelbagai guna(MPV) jenis Toyota Estima yang dinaiki penyanyi itu bersama seorang rakan lelaki yang belum dikenali dikatakan terbabas dan melanggar papan tanda.

"Achik meninggal dunia di tempat kejadian selepas kenderaan yang dipandunya itu melanggar papan tanda selepas melepasi kawasan Rawat dan Rehat(R&R) dekat susur keluar ke Pajam.

"Difahamkan kenderaan yang dipandunya itu dalam perjalanan balik ke Seremban bersama seorang rakan selepas menyertai sebuah rancangan di RTM, Kualau Lumpur," katanya di sini.

Achik meninggal dunia di tempat kejadian selepas mengalami kecederaan parah di kepala dan beberapa anggota badan.

Allahyarham dikatakan tercampak keluar dari kenderaan, yang kemudiannya terbakar dan meletup.

Mayat Achik dan rakannya yang cedera telah dibawa ke Hospital Tuanku Ja'afar(HTJ) Seremban.

Sementara itu Ketua Operasi Bomba dan Penyelamat dari Mantin, Hamizin Khaidir berkata, penyanyi berkenaan tercampak keluar dari MPV dan orang ramai cuba menyelamatkannya sebelum dia meninggal dunia.

Achik merupakan penyanyi utama lagu Janji Kita itu telah mendirikan rumahtangga dengan bekas Pengawai Khidmat Pelanggan Astro, H.M. Rose Zaitul Suriani Wati Maarof pada Nov 2005.

Mereka dikurniakan seorang cahaya mata, Puteri Rania pada 2007 tetapi meninggal dunia ketika berusia dua bulan akibat demam panas dan masalah usus dalam perut.

Al-Fatihah "Semoga rohnya dicucuri rahmat dan ditempatkan dikalangan orang yang beriman" AMIN. Hanya tinggal kenangan sahaja. Lagu-lagu yang paling aku suker ialah 'Paling Comel' dan 'Gurauan Berkasih'

RIP Achik Spin :(






tagboard
affiliates:
EIT Bridge Leader Adillah Aisha♥ Aisyah Albert Amin Amirah♥ Amirul♥ Ayumi Ayyn Azilah♥ Chew Keng Hao Darwina Halik♥ Eeka Farna Fatin Feeza Fitriah♥ Gwendolyn♥ Hakimah Indah♥ IqahRAWR(!) Keyreen Liza Mandy Marhamah Nabilah Rais Ni'mah Ninie♥ Nuts(: Pavi Ruhil Shazwana Shila(: Suhaila♥ Syirah(: Vanessa♥ Zirah